Selasa, 1 Julai 2014

BILAL DISEKSA DI BAWAH PANAS TERIK SINAR MATAHARI..





  Panas membara bumi Mekah. Di sebuah kawasan lapang batu kerikil, tubuh Bilal telentang, menghadap sinar matahari. Bilal sedang diseksa.tubuhnya yang hitam legam ditindih sebuah batu yang besar, tepat di atas dadanya.Bilal merintih.rasa sakit tidak tertahan lagi. Keringat mengucur deras rintihan bilal terdengar amat menyedihkan hati.
   Dihadapannya berdiri Umayyah,majikannya yang sering menyeksannya kerana Bilal memeluk Islam.''Tidak,demi ALLAH Engkau tetep alami mengalami hal seperti ini sampai engkau mati,atau engkau kafir dari ajaran Muhammad dan menyembah Latta dan 'Uzza,''jerit Umayyah sambil tersenyum penuh kemenangan.
   Namun,Bilal tetap tidak terpengaruh.Dia tidak mengikuti keinginan Umayyah dari bibirnya yang basah dengan peluh itu hanya terucap ,''Ahad(Esa),Ahad(Esa)''.Suaranya terdengar lemah dan terputus-putus.
   Setiap kali Umayyah memaksanya kalimah itu juga yang keluar dari mulut Bilal.''Ahad,Ahad'',sambil menahan sakit yang teramat sangat. Nafasnya terasa sukar dihembuskan kerana himpitan batu besar di atas dadanya.
   Itu adalah episod kemuncak penderitaan Bilal.Sebelumnya ,dia kerap diseksa dengan kejam oleh Umayyah.Bahunya diikat dengan tali,kemudian diserahkan kepada anak-anak kecil untuk diheret,dan dibawa sekeliling sepanjang pergunungan Mekah.Akibatnya bekas ikatan tali tersebut masih berbekas di bahunya. Umayyah selalu mengikatnya kemudian memukulnya dengan tongkat.Kadang-kadang dia dipaksa duduk di bawah terik mentari.dia juga pernah dibiarkan kelaparan.

  Derita Bilal hanya berakhir ketika suatu hari Abu Bakar melalui tempat Bilal diseksa.Lalu,Abu Bakar membeli Bilal dan menukarkannya dengan seorang anak berkulit hitam.Ada riwayat mengatakan,dengan tujuh uqqiyah atau lima uqqiyah dari perak,kemudian beliau memerdekakannya.https://www.youtube.com/watch?v=X8piiNqWplY

Ahad, 11 Mei 2014

saBar DaLam mEnGhaDapI uJiaN iTu sUkaR tEtapI IndaH..




Perjalanan sebuah kehidupan sudah pasti di penuhi dengan liku-liku dan onak duri ia tidak menjanjikan kebahagian untuk selamanya. Setiap kehidupan mesti mempunyai kisah suka dan duka dalam kehidupan seseorang insan. Namun, apa yang pasti kita sebagai hamba allah s,w,t mesti menanamkan sifat-sifat seorang pejuang dalam diri seperti kesabaran, keyakinan, dan keredaan.

Setiap manusia yang bernyawa mesti mempunyai ujian daripada Allah S,W,T samaada ujian terlalu berat ataupun sebaliknya. Begitu juga, ujian yang di hadapi oleh sahabatku Nurul Aunie Wajihah Bt Mohd Zaid sahabat satu kos Dakwah dan pengurusan Islam USIM yang baru sahaja mendirikan rumah tangga hampir 3 bulan bersama pilihan hatinya iaitu Muhammad Rabani Bin Mohd Samson telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan Aunie mengalami masaalah di bahagian tengkuk,kaki,dan tulang belakang. Manakala suaminya hanya mengalami sedikit kecederaan. Sebagai seorang sahabat aku hanya mampu berdoa semoga Aunie dapat berjalan seperti sediakala pemberian allah tiada siapa yang tahu.

Duhai sahabat, ingatlah ujian adalah satu dugaan daripada Allah S,W,T untuk kita buktikan sejauhmana tahap keimamnan seorang yang bergelar hamba di muka bumi ini. Seperti dalam firmannya yang bermaksud ;

"Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatannya) yang dia kerjakanya.(mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, jangan engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya tuhan kami janganlah engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami,ampunilah kami,dan rahmati lah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir" (surah Al-baqarah: ayat 286)

Dan Allah maha adil dan penyayang, setiap ujian yang di berikanya mengikut kamampuan diri masing dan Allah tidak akan membebani hamba-hambanya.

Duhai sahabat marilah sama-sama kita mengangap ujian dan cubaan di dunia sebagai tiket untuk menuju ke akhirat nanti yang kekal abadi, kerana dengan ujian yang kita hadapi kita sentiasa memohon taubat kepadanya yang maha esa. Semoga Banie dan Aunie tabah dalam menghadapi ujian ini sentiasalah berfikiran positif kerana ia membantu kita lebih menjadi positif dalam mengharungi ujian kehidupan daripada Allah S,W,T... PRAY FOR AUNIE&BANIE.






Ahad, 27 April 2014

SENYUM.

Memberi dan menjawab salam diantara sesama muslim merupakan hak yang tidak patut dipandang enteng , kerana ianya satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan , disamping ia merupakan syariat dan cara hidup orang mukmin.Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.

Imam muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah R.A bahawa rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Hak seorang muslim kepada muslim lainnya ada enam perkara : 

1. Apabila engkau bertemu dengannya , ucapkanlah salam
2. Apabila ia mengundangmu maka kabulkanlah3. Apabila ia mint nasihat darimu , hendaklah kemu menasihatinya4. Apabila ia bersin lau mengucapkan " Alhamdulillah " ,maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah".5. Apabila dia sakit hendaklah kamu menziarahinya6. Apabila ia mati , hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke Kuburnya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman , dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang . Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang antara satu sama lain ? iaitu sebarkanlah salam antara kamu. ( Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah R.A )

Dari Abu Yusuf Abdullah bin salam R.A , Katanya , aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya : Wahai sekalian manusia , Tebarkanlah salam , Sentiasalah membuat jamuna makan , Sambunglah silaturrahim , Solatlah ketika manusia sedang tisur ( solat sunat tahajjud ) , nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera ( Riwayat At-Tirmizi : Hadis Hasan )


Sekadar renungan buat diri sendiri dan para sahabat.Setakat mana hak seorang muslim telah kita laksanakan selaras dengan perintah rasul.Situasi sekarang....kita hanya memberi salam pada orang yang kita kenali sahaja. Muslim yang kita tidak kenali , kalimah salam amat berat untuk dilontarkan dan seolah-olah mulut kita terkunci rapat.Jelas salam kita bukan penyambung ukhuwwah dan pengikat persaudaraan tapi lebih kepada pembuka bicara penerus kata-kata.ini seolah-olah kita tidak mengaplikasi konsep " sesungguhnya mukmin itu bersaudara " Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati dan gerbang hidayahnya kepada kita semua....Amin.