Ahad, 11 Mei 2014

saBar DaLam mEnGhaDapI uJiaN iTu sUkaR tEtapI IndaH..




Perjalanan sebuah kehidupan sudah pasti di penuhi dengan liku-liku dan onak duri ia tidak menjanjikan kebahagian untuk selamanya. Setiap kehidupan mesti mempunyai kisah suka dan duka dalam kehidupan seseorang insan. Namun, apa yang pasti kita sebagai hamba allah s,w,t mesti menanamkan sifat-sifat seorang pejuang dalam diri seperti kesabaran, keyakinan, dan keredaan.

Setiap manusia yang bernyawa mesti mempunyai ujian daripada Allah S,W,T samaada ujian terlalu berat ataupun sebaliknya. Begitu juga, ujian yang di hadapi oleh sahabatku Nurul Aunie Wajihah Bt Mohd Zaid sahabat satu kos Dakwah dan pengurusan Islam USIM yang baru sahaja mendirikan rumah tangga hampir 3 bulan bersama pilihan hatinya iaitu Muhammad Rabani Bin Mohd Samson telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan Aunie mengalami masaalah di bahagian tengkuk,kaki,dan tulang belakang. Manakala suaminya hanya mengalami sedikit kecederaan. Sebagai seorang sahabat aku hanya mampu berdoa semoga Aunie dapat berjalan seperti sediakala pemberian allah tiada siapa yang tahu.

Duhai sahabat, ingatlah ujian adalah satu dugaan daripada Allah S,W,T untuk kita buktikan sejauhmana tahap keimamnan seorang yang bergelar hamba di muka bumi ini. Seperti dalam firmannya yang bermaksud ;

"Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatannya) yang dia kerjakanya.(mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, jangan engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya tuhan kami janganlah engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami,ampunilah kami,dan rahmati lah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir" (surah Al-baqarah: ayat 286)

Dan Allah maha adil dan penyayang, setiap ujian yang di berikanya mengikut kamampuan diri masing dan Allah tidak akan membebani hamba-hambanya.

Duhai sahabat marilah sama-sama kita mengangap ujian dan cubaan di dunia sebagai tiket untuk menuju ke akhirat nanti yang kekal abadi, kerana dengan ujian yang kita hadapi kita sentiasa memohon taubat kepadanya yang maha esa. Semoga Banie dan Aunie tabah dalam menghadapi ujian ini sentiasalah berfikiran positif kerana ia membantu kita lebih menjadi positif dalam mengharungi ujian kehidupan daripada Allah S,W,T... PRAY FOR AUNIE&BANIE.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan